GSG-9 dan Unit Tindakhas GSG_9

Unit Tindakhas PGK Polis Diraja Malaysia bukan sahaja mendapat didikan awal dari SAS dan pasukan khusus Amerika Syarikat, malahan turut mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada GSG-9.[1]

Berikutan berkembangnya insiden keganasan global selepas serangan 11 September 2001, pasukan melawan keganasan taktikal Unit Tindakhas atau UTK yang bernaung dibawah Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia telah mempermodenkan kepakaran mereka melalui latihan kepakaran melawan keganasan anjuran GSG 9 yang didatangkan khas ke Malaysia. UTK menjalani latihan khas yang dikendalikan khas oleh GSG 9 disekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru sebelum dihantar ke Sankt Augustin-Hangelar, Bonn, Jerman untuk mengikuti kursus lanjutan seterusnya. Selesai sahaja kursus khas dan pulang ke Malaysia, formasi dan keanggotaan UTK telah dirombak semula dan segala kelengkapan, persenjataan, taktik dan latihan telah dipermodenkan, berkat dari latihan dengan GSG-9 ini.